Tuesday, December 15, 2009

novel Ketika Cinta Bertasbih..

Bagi aku novel merupakan satu kisah atau pengalaman hidup yang merupakan khayalan ataupun realiti yang diceritakan dalam bentuk penulisan. sebelum nie aku banyak bace novel keluaran alaf 21..jalan cerita novel tersebut banyak berkisarkan tentang cinta..tapi aku mula terbuka hati untuk membaca novel indonesia bila seorang kawan akak aku bagi pinjam novel karya Habiburrahman El Shirazy. kebanyakkan novel2 beliau banyak menyentuh soal cinta tapi dalam konteks islam..itulah salah satu sebabnya yang menarik minat aku untuk membaca novel2 yg ditulis oleh beliau. kadang2 tu terasa seolah2 kte plak yg jadi watak utama dlm cter tuh sbb ape yang ditulis oleh penulis adalah pengalaman yg telah dilalui oleh ramai orang..penulis novel Ketika Cinta Bertasbih ni adalah penulis yg sama untuk novel Ayat-ayat Cinta yg pernah difilemkan..jadi mmg x dapat di sangkal lagi hasil penulisan die sangat bez..







sinopsis novel Ketika Cinta Bertasbih

Sebuah novel yang mengisahkan tentang seorang mahasiswa di Universiti al-Azhar, Mesir. Siapa tidak mengenali Azzam, namanya terkenal di Iskandariah kerana kepakarannya dalam membuat bakso dan tempe. Pelajarannya terganggu akibat kesibukannya dalam bisnes tempe dan bakso. Matlamatnya sungguh murni ingin membesarkan adik-adiknya dan menyara ibunya di Indonesia. Iskandariah seolah-olah sudah menjadi seperti negaranya sendiri kerana sudah begitu lama menetap di sana. Eliana, seorang gadis yang merupakan kenalan rapatnya kerana bisnes. Eliana merupakan anak gadis seorang bangsawan di Iskandariah. Perasaan cinta terhadap Eliana mula berputik di dalam hati Azzam. Tetapi, ianya hilang kerana Eliana bukanlah gadis impiannya. Padanya Eliana cuma seorang gadis sekular yang berperwatakan barat. Manakala Azzam adalah seorang pemuda soleh yang begitu taat kepada perintah Allah. Dan tidak mungkin Eliana adalah pilihannya. Azzam menceritakan hasratnya untuk mencari pasangan kepada Pak Ali. Pak Ali kemudian memperkenalkannya dengan seorang gadis yang memenuhi citarasanya dan menyuruh Azzam supaya segera melamarnya. Gadis itu bernama Anna Althafunnisa, seorang siswi Indonesia yang mempunyai kecerdikan dan kecantikan yang luar biasa. Akan tetapi, takdir Allah mengatasi segalanya. Gadis itu telah dilamar oleh seorang pemuda yang tidak lain adalah kenalan Azzam sendiri. Selepas kejadian itu Azzam membatalkan niatnya untuk mencari pasangan. Apa yang penting baginya adalah menyara keluarganya di kampung dan menamatkan ijazahnya. Setelah berada di Indonesia Azzam telah bertunang dengan seorang gadis namun Azzam terpaksa melepaskan gadis itu kerana Azzam dan ibunya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Akibatnya, ibunya telah kembali ke rahmatullah. Namun, Azzam tetap tabah menghadapi segalanya. Rahmat Allah hanya pada hambanya yang bersabar. Azzam meminta pertolongan Pak Kiyai Lutfi untuk mencarikannya seorang pasangan hidup. Pak Kiyai Lutfi tidak lain adalah ayah Anna Althafunnisa. Pada satu hari Azzam telah mendapat satu berita paling gembira yang tidak pernah disangkanya selama ini. apakah berita itu dan sape kah jodoh Azzam hanya dapat diketahui jika anda memiliki novel ni..



ape yg aku boleh katakan ialah novel ni adalah novel paling best pernah aku baca..aku berasa sangat kagum dengan penulis novel ni kerana dpt menghasilkan novel seumpama ni..bukan senang sbb kte ibarat baca novel dan juga disamping itu belajar tentang agama..ayat2 yg digunakan dan jalan cerita yg boleh dikatakan mempunyai banyak pengajaran..secara x langsung penulis nie sebenarnya berdakwah melalui novel kepada kte semua..siyes aku boleh katakan yg aku agak terpana dan sedikit insaf bila baca novel ni..mmg novel nie ialah novel cinta tapi boleh dikatakan yg novel ni lebih banyak menceritakan tentang cinta kepada Allah SWT melebihi segala2nya termasukla cinta sesama manusia..dlm novel ni jugak mengajar kita tentang menutup aurat,menjaga mata daripada memandang seseorang yg bukan muhrim, redha dan bertawakal dlm menghadapi dugaan Allah dan juga berbudi bahasa serta menjaga akhlak..
pendek kata novel ni mmg bez..kalo x caya tryla baca novel nie..filem yg diadaptasi daripada novel nie pn ade jugak..

No comments:

Post a Comment