Friday, February 11, 2011

Banjir di Segamat


Cuti pertengahan sem arituh disebabkan tiket dah abes aku terpaksa balik rumah hari sabtu 29/1..sunyi gler kawasan uitm waktu tuh.yela kebanyakkan orang balik ari jumaat dan ada juga yang balik awal lagi sebelum tuh..cuaca waktu tuh memang tak berapa baik..asik hujan je.bleh dikatakan hari2 la. nasib baik Ayin pon balik hari sabtu adalah geng kan.



kitorang bertolak pergi bus stand Segamat dalam kul 11 pagi mcm tuh naik bas kuning la mcm biasa.hee..disebabkan ramai sangat orang terpaksa la berdiri dalam bus. Sepanjang perjalanan aku pergi pekan Segamat aku tengok sebelah kanan jalan raya kawasan rumah sudah ditenggelami air sebab kawasan rumah dorg mcm agak rendah sikit berbanding sebelah kiri. Air sungai pon hampir penuh. Dalam hati aku ya allah kalo hujan masih tak berhenti lagi boleh banjir Segamat nie. tup tup masa kat rumah esoknye hari ahad aku dapat taw yang Segamat dah banjir. fuh nasib baikla sempat balik kalau x mesti terperangkap kat dalam uitm xleh balik..
time tuh bersyukur gler. tapi kesian pada penduduk kat situ sebab rumah dorang ditenggelami air..pekan die paling teruk sekali. Habis barang2 peniaga kedai kat Segamat mesti rosak jugak. sapa sangka last banjir besar yang berlaku kat Segamat pada tahun 2006. Setahu aku orang cakap banjir yang berlaku kali nie lagi teruk drpd yang berlaku masa tahun 2006. lagi 1 keliling kawasan Segamat nie bleh dikatakan sungai. disini terdapat beberapa keping gambar yang aku temui di laman web yang berkaitan.





No comments:

Post a Comment