Wednesday, December 30, 2009

menghitung hari blk Segamat..

oh yah..sok dah sampai hari yg terakhir untuk bln disember nie dan juga untuk taon nie..
sekejap btol mase berlalu, bile mengimbas blk mase awal taon ni rasenye cm baru je smlm usung beg tarik ngan brg penuh bonet dtg ke Segamat..adeh..dengan orientasinye lg paling yg x bleh dilupakan ble ditahan sampai kul 2 pg untuk nyanyi lagu uitm dihatiku..bygkn dengan keadaan yg sgt letih pastu kne menyanyi kalo x btol atau x kuat x bleh balik bilik..fuh.akan ku ingat sampai bila2..tu sume kenangan aku kt sne..huhu


kt Segamat juga aku bertemu n berkenalan ngan ramai kwn2 baru yg same2 seprti aku dtg merantau belajar di tmpat org,walaupun masing2 berat nak tinggalkan family atau lebih tepat lg de yg x pernah berenggang ngan family..slah satunye aku la tuh..heh :). walaupun aku x pernah terpikir akan blaja di Johor nie..yelah selame nie aku x pernah menjejakan kaki ke johor..kalo belah2 utara tu aku banyak kali la pergi..tp belah selatan nie..hmm,ssh nk ckp sedare pun xde yg tinggal kt sane..

(ish ape yg aku nk cter nie sebenarnye melalut je lebey)hehe..
okey dipendekkan cter sebenarnye aku nk ckp yg cuti sem aku nk abez dah..tinggal lagi 2 hari je sebelum menjelang hari pendaftaran 4 new semester..
owh rse susah nk caye yg aku nk blk Segamat dah..rindunye pada kwn2 aku kat sane..


tidakkkkk!! ini bermakne segala kebebasan aku selame aku cuti sem nie bakal berakhir..adoi
aku dah x bleh bangun lmbat,tdo lmbat sbb on9 berjam2..hehe aku dh x bleh jadi mlas dah basuh baju pkai mesin basuh..fuh,aku akan menjadi rajin semula selepas nie..basuh baju guna tangan dan bangun awal untuk ke kelas..huh

okla tu je yg aku nk ckp..
uitm SEGAMAT akan aku sampai di sane lagi 2 hari..
hahaha :D



Sunday, December 27, 2009

malam kemuncak sehati berdansa...

gambar Sein dan Nana serta koreografer dorg Bayu


Tahniah2!!...tahniah diucapkan kepada pasangan sein dan nana kerana telah berjaya mendapat tempat pertama iaitu merangkap juara di dalam Sehati Berdansa musim ke 3 dengan mendapat undian sms paling tinggi.. sekali gus mengalahkan pihak lawannye iaitu pasangan sazzy dan nazrin yg secara langsung menjadi naib juara yg bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)..untung sein dan nana sbb membawa pulang hadiah sebuah kereta Audi A4 (1.8) yg harga die nak dekat RM200,000 dengan pakej bulan madu ke Rom Itali dan sebuah trofi..seronoknye alangkah beznye kalo aku dapat gi bercuti kat Rom..(berangan plak aku nie) hehe


yang menariknye program Sehati berdansa ni sebab pasangan yg bertanding mewakili badan kebajikan..kirenye sambil berhibur sambil membuat kebajikan la..Sein dan Nana mewakili badan kebajikan Albinisma Kuala Lumpur menerima wang sebanyak RM 20,000 untuk badan kebajikan mereka..alhamdulilah moga2 semakin ramai org yg memberi bantuan kepada badan2 kebajikan yg ade kt Malaysia nie..yg beznye koreografer dorg Bayu pun dapat hadiah percutian ke Rom ialah penatkan die mereka tarian nak mengajar sein ngan nana yg bukan penari..but u did very good job..congrats.


owh ye persembahan mlm tadi kedua2 selebriti ni dikehendaki mempersembahkan 2 jenis tarian iaitu Kurik Kundi dan juga Tarian Latin..tahniah juga kepada pasangan Sazzy yg setiap minggu menunjukan aksi yg dasyat yg aku rse mmg susah untuk buat..walaupun x menang tp xpe korg dah wat yg pling bez..biasalah adat dlm sesuatu pertandingan de yg menang n de yg kalah..
ini adalah sedikit gambar semasa malam kemuncak Sehati Berdansa

juara SB musim kedua menyampaikan trofi kpd Sein dan Nana


sumbangan yg diberikan kepada badan kebajikan Albinisma


tarian kurik kundi daripada Sein dan Nana

tarian kurik kundi daripada Sazzy dan Nazrin

tarian Latin

Sunday, December 20, 2009

mimpi..

org selalu ckp mimpi nie mainan tdo..tapi kadang2 tu mimpi nmpak mcm real plak..
smlm aku mimpi seseorg yg aku x pernah terpikir masuk dalam mimpi aku..adeh.
aku kalo boleh nk elakkan daripada berjumpa ngan dia ntah cmne plak buleh berjumpa dlm mimpi..hahaha.
mgkin jugak sbb aku pernah dgar org ckp lagi bila kte xnak berjumpa ngan org tuh lagi kerap plak kte terjumpa..tapi x taw la btol ke x n boleh caye ke ape yg org cakap..

nape aku asik terpikir2 je mimpi tuh..huh. kalo boleh aku xnk ingatkn dah mimpi yg terjadi mlm tadi..pertemuan ngan die tanpa disengajakan tu membuatkn aku rase kalo boleh aku nak ubah laluan perjalanan aku agar x bertembung ngan die..
tp xpe yg penting aku hanya bertembung ngan die dlm mimpi saje..
lagi pun mimpi nie hanya mainan tido je..

Tuesday, December 15, 2009

novel Ketika Cinta Bertasbih..

Bagi aku novel merupakan satu kisah atau pengalaman hidup yang merupakan khayalan ataupun realiti yang diceritakan dalam bentuk penulisan. sebelum nie aku banyak bace novel keluaran alaf 21..jalan cerita novel tersebut banyak berkisarkan tentang cinta..tapi aku mula terbuka hati untuk membaca novel indonesia bila seorang kawan akak aku bagi pinjam novel karya Habiburrahman El Shirazy. kebanyakkan novel2 beliau banyak menyentuh soal cinta tapi dalam konteks islam..itulah salah satu sebabnya yang menarik minat aku untuk membaca novel2 yg ditulis oleh beliau. kadang2 tu terasa seolah2 kte plak yg jadi watak utama dlm cter tuh sbb ape yang ditulis oleh penulis adalah pengalaman yg telah dilalui oleh ramai orang..penulis novel Ketika Cinta Bertasbih ni adalah penulis yg sama untuk novel Ayat-ayat Cinta yg pernah difilemkan..jadi mmg x dapat di sangkal lagi hasil penulisan die sangat bez..







sinopsis novel Ketika Cinta Bertasbih

Sebuah novel yang mengisahkan tentang seorang mahasiswa di Universiti al-Azhar, Mesir. Siapa tidak mengenali Azzam, namanya terkenal di Iskandariah kerana kepakarannya dalam membuat bakso dan tempe. Pelajarannya terganggu akibat kesibukannya dalam bisnes tempe dan bakso. Matlamatnya sungguh murni ingin membesarkan adik-adiknya dan menyara ibunya di Indonesia. Iskandariah seolah-olah sudah menjadi seperti negaranya sendiri kerana sudah begitu lama menetap di sana. Eliana, seorang gadis yang merupakan kenalan rapatnya kerana bisnes. Eliana merupakan anak gadis seorang bangsawan di Iskandariah. Perasaan cinta terhadap Eliana mula berputik di dalam hati Azzam. Tetapi, ianya hilang kerana Eliana bukanlah gadis impiannya. Padanya Eliana cuma seorang gadis sekular yang berperwatakan barat. Manakala Azzam adalah seorang pemuda soleh yang begitu taat kepada perintah Allah. Dan tidak mungkin Eliana adalah pilihannya. Azzam menceritakan hasratnya untuk mencari pasangan kepada Pak Ali. Pak Ali kemudian memperkenalkannya dengan seorang gadis yang memenuhi citarasanya dan menyuruh Azzam supaya segera melamarnya. Gadis itu bernama Anna Althafunnisa, seorang siswi Indonesia yang mempunyai kecerdikan dan kecantikan yang luar biasa. Akan tetapi, takdir Allah mengatasi segalanya. Gadis itu telah dilamar oleh seorang pemuda yang tidak lain adalah kenalan Azzam sendiri. Selepas kejadian itu Azzam membatalkan niatnya untuk mencari pasangan. Apa yang penting baginya adalah menyara keluarganya di kampung dan menamatkan ijazahnya. Setelah berada di Indonesia Azzam telah bertunang dengan seorang gadis namun Azzam terpaksa melepaskan gadis itu kerana Azzam dan ibunya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Akibatnya, ibunya telah kembali ke rahmatullah. Namun, Azzam tetap tabah menghadapi segalanya. Rahmat Allah hanya pada hambanya yang bersabar. Azzam meminta pertolongan Pak Kiyai Lutfi untuk mencarikannya seorang pasangan hidup. Pak Kiyai Lutfi tidak lain adalah ayah Anna Althafunnisa. Pada satu hari Azzam telah mendapat satu berita paling gembira yang tidak pernah disangkanya selama ini. apakah berita itu dan sape kah jodoh Azzam hanya dapat diketahui jika anda memiliki novel ni..



ape yg aku boleh katakan ialah novel ni adalah novel paling best pernah aku baca..aku berasa sangat kagum dengan penulis novel ni kerana dpt menghasilkan novel seumpama ni..bukan senang sbb kte ibarat baca novel dan juga disamping itu belajar tentang agama..ayat2 yg digunakan dan jalan cerita yg boleh dikatakan mempunyai banyak pengajaran..secara x langsung penulis nie sebenarnya berdakwah melalui novel kepada kte semua..siyes aku boleh katakan yg aku agak terpana dan sedikit insaf bila baca novel ni..mmg novel nie ialah novel cinta tapi boleh dikatakan yg novel ni lebih banyak menceritakan tentang cinta kepada Allah SWT melebihi segala2nya termasukla cinta sesama manusia..dlm novel ni jugak mengajar kita tentang menutup aurat,menjaga mata daripada memandang seseorang yg bukan muhrim, redha dan bertawakal dlm menghadapi dugaan Allah dan juga berbudi bahasa serta menjaga akhlak..
pendek kata novel ni mmg bez..kalo x caya tryla baca novel nie..filem yg diadaptasi daripada novel nie pn ade jugak..

Friday, December 11, 2009

hepy befday sarahh

6 disember 09..

Hepy befday to sarahh
hepy befday to u........
sweet 19...
smoga panjang umo n murah rezeki
smoga ko berjaya dlm apa jua yang ko lakukan n dapai mencapai apa yang ko idamkan selama ni.
all the best k..
hope kte akan terus berkawan baik sampai bila2..
luv u so much..
mmuaahhxx..


this cake special 4 u sarah..

Tuesday, December 1, 2009

kuar bersama SAZS geng..

owh..ye mugkin agak pelik bila orang dengar SAZS..jgn ingat SAZS nie sejenis penyakit plak..hehe.SAZS ni name yg ktorg reka dengan mengambil huruf pangkalan depan nama ktorg..

S - sarah
A - ain
Z - zue
S - syikin

ktorg mula berkawan sejak tingkatan 3 lagi..kirenye dah 5 taon la persahabatan ktorg terjalin..
x sangka dah agak lame ktorg berkawan walaupun sebenarnye masing2 mempunyai perwatakan yg berbeza2..tapi walaupun berbeza perwatakan rasenye itu yg membuatkan hubungan ktorg lagi mesra kerana ktorg saling melengkapi..syg sangat dekat SAZS..kalo de mase kte sedaya upaya cuba berjumpa..cume sejak akhir2 nie je bila masing2 dah sambung belajar tempat lain2 jarang boleh ketemu 4 org skali..slalunye msti bertiga..ialah hari cuti lain2 kn..tengokla bila uitm dah cuti skang politeknik x cuti lagi..naseb baek masa zue ngan syikin balik time raya haji..

Jadi dapatla ktorg berjumpa sehari sebelum raya haji..yg paling rajin bab planning gi ane2 x lain x bukan Sarah Musfirah Putri la namenye..hehe.dia pun akan kol or msg ktorg sehari sebelum kuar untuk mengkompemkan..thanx sarah kalo x sbb ko mayb kte berempat blom tentu dapat berjumpa..menarik skali sebab sarah dah siap booking tiket cter New Moon awal2..
jadi dapatla ktorg tengok cter tu pada hari pertama tayangan cerita tuh iaitu 26 aribulan 12..

destinasi yg di tuju ialah Sunway Piramid..mak sarah yg antar ktorg pergi sana n balik zue yg drive..thanx a lot..adek sarah pun follow ktorg jugak sbb nak tgk cter new moon..xpe lg pun senang sket nak mintak tolong tgkap gmbar..hehehe. sampai je sane trus menuju ke tmpat wayang nak amek tiket..pastu sementara ada mase agi ktorg pun jalan2 tengok baju pe sume..tengok jela nak berbelanja sgt pun xleh sbb duit PTPTN yg ktorg dpt dah hampir kering..hehe. jadi cuci mata jela sambil dok tgkap gmbar..

cter yg ktorg tengok stat dlm kul 12.20..ktorg pun belilah pop corn n air sume sbb nak masuk dah..tambahan plak sebenarnye pewot agak lapo jugak..hikhik. terpakse tahan dulu..aku mmg x sabo2 nak tgk cter nie..sbb aku minat sgt dengan cter Twilight..aku de dengar sesetengah pendapat yg mengatakn cter nie x bez n ade jugak yg ckp bez..tapi bg aku cter nie mmg bez..aku sgt ske watak Edward Cullen..walaupun smbungan yg kedua nie x banyak sgt watak edward..sbb di pertengahan cerita watak wolf lagi banyak menggantikan watak Edward..yg menariknye sbb ending die watkan kte rase nak tgk sambungan yg seterusnye sbb tergantung..jd ape lagi jgn lupe tgk sambungan cter nie nnti..

pas dah tgk wayang pe lg mkn..setelah berbincang ktorg decide nak mkn burger king sbb cm dah lame x mkn..akhir sekali aktiviti menangkap gmbar..hehe.seronok dapat kuar ngan korg..syg korg sgt...mmmuuaahhxx..

di bawah nie sedikit gmbar yg berjaye ditangkap pada ari tu..
















Friday, November 27, 2009

cerita 2012..

seharian rase sgt bosan x taw nak wat pe..jadi da bosan tu pe lg mencarik la keje nak wat..
iaitu tolong gam riben kat souvenier tok bg kat org time kenduri nnti..
pastu tetibe lak akak aku ajak gi tengok wayang skali ngan kawan2 kerja die..
mule 2 tu cm malas gak nak juin sbb segan la yg kuar tu sume kwn2 die..
pastu ble die kate nak belanja pe agi..hehe.trus setuju..

mula2 planning nak tgk kul 9.30..ktorg pun sampai dlm kul 8 lebey..pastu taw2 jela kalo kte rancang ramai2 msti ade yg lambat..mulanye nak tgk kat Alamanda..tp tiket plak abez..midnight mmg xde..setelah wat keputusan sume org decide nak try tengok kat Mines kot kalo de rezeki dapat tiket kn..
alhamdulilah rezeki dapat gak tengok cter 2012 walaupun dpt seat hampir depan..
ktorg sampai Mines dlm kul 10 lebey..sementara nak tuggu kul 12 pe lg makan..hehe.
mkn mcdonald..skang kn ade burger prosperity sempena nak raye cina..pe agi mmg sume nk mkn burger tuh..

yg pling menyampah sekali ble time nak trun escalator de plak 2 orang mamat mane ntah..
sibuk je dok tnye n ckp mcm2..yg kebetulan plak ktorg bertiga perempuan de sorg laki kat depan ..dorg kaco sbb ingat ktorg prmpuan je xde laki..dok cakap nak gi ane? sombongnye..
kte kn rakyat malaysia.. pe sume..menakutkan dah tu ckp plak..'muke cm takot je'..gler saiko..
last skalik boleh plak ckp'ade bodyguard rupenye'..

pastu bleh plak dlm panggung wayang kebetulan seat dorg depan ktorg..bencinye..
last skalik da abez cter cpt2 ktorg bla..takot gakla sbb dorg sengaja kuar lmbat..
cter 2012 nie panjang n lame gakla smpai 2 jam setengah..
kul 2.30 pagi baru abez cter..

bagi pendapat aku cter 2012 nie okla..nak kate bez okla jugak..hehe. rsenye nila jwpan yg dapat aku beri untuk cter nie..sbb kte dah boleh jangka apa yg berlaku seterusnya..sbb jalan cter die mcm cter2 yg lain..ending die de yang terselamat..of course la hero msti terselamat..lagi 1 cter ni macam hari yg berlaku mase kiamat nanti sepatutnye bila kiamat mstila xde sorg pun selamat tapi dalam cter nie sape yg baik n ade duit dapat terselamat..agak x bape logik jugakla..
tu jela pndapat aku mengenai cter 2012..

Tuesday, November 24, 2009

perjumpaan kwn lame..

hari yg sangat menyeronokkan kerana dapat berjumpe dengan naza..
kawan baik yg agak lame x jumpa..rsenye lebih kurang setahun lebih semenjak selepas spm..
tanpa sedar dah lame rsenye x bersua muke..
nase bek la teknologi skang sumenye canggih mudah sket nk berhubung dengan orang walaupun dlm jarak yg jauh..

tmpat yg menjadi destinasi perjumpaan di SACC n PAS..
yg tu je tmpat yang dekat n ade kat Shah Alam..
terharu pun ade ble Naza sanggup turun shah alam n nak berjumpa ngan aku..
walaupun sekejap tapi tetap puas ati n gembira sangat..
pada mulenya aku sampai dulu dan kebetulan Aliah ade kat kdai..jadi aku dengan aliah lepak la same2..agak lame jugakla tunggu naza sbb die ade hal xleh nak sampai awal..


rsenye lebih kurg kul 5 lebey baru naza sampai..
pastu destinasi seterusnye..ialah men boling..hehehe.
agak lame jugak x men n sebenarnye xdela bpe reti sgt..tapi bolehla..
ktorg pun men la berempat sekali ngan adek naza..
x sangka kejutan seterusnye Reny muncul dengan cousin die..
mmg dah mcm reunion kwn2 lame dah..huhu.ialah masing2 blaja tmpat lain2..susah nak jmpe..time cuti nila masenye..


setelah penat men boling pe agi..kte makan..hikhik.menu yg dipilih untuk mkn ialah KFC..nyum..nyum..sambil sembang sume..x sedar mase dah berlalu..
Naza terpakse balik awal sbb die sekeluarga nak blk ke Johor pas jumpe ktorg tuh..pas naza,reny plak menyusul dan aku juga menyusul pulang ke rumah..
rase sedih pun ade time hantar masing2 balik..
yela pasnie x taw agi ble plak boleh bertemu..
pape pun aku rse sangat seronok dapat jumpe ngan kwn lame sume,bertukar cerita masing2..n sayang sangat kat korang..mmmuuaahhxxx.


hope kte boleh hang out same2 agi..mayb pas nie kalo kuar kte tgk wayang plak ke..atau gi tempat yg jauh sket..insyallah..
Aliah- hope len kali kte leh gi men ice skating lagi..
reny- seronok dapat jumpe ngan ko..asyik nak gelak je sebab ko mmg klakar n sgt comel..
Naza- hope to see u again..n dapat kuar lame sket..

nie adelah gmbar yg sempat diamek.
dari kiri Naza,reny, sy dan juga aliah..



Sunday, November 22, 2009

nilai 3...

setelah penat mengemas umah..
sy,kak nor ngan mak n abah pergi ke nilai 3 untuk tengok2 barang hantaran..
dgar cter harga kat sane boleh tahan murah..
dari 1 kedai ke 1 kedai tengok dan bandingkan harga souvenier untuk kasi kat org time kenduri nnti..akhirnya kedai ke 3 sgt mencuit hati kami sekeluarga dgn harga yg berpatutan dan pilihan yg cantik2 mengikut trend mase kini..
akhirnye setelah berbincang ktorg decide nak beli terus dah alang2 dtg kat sini..
wlaupun x abez beli lagi..at least sebahagian dah wat persediaan sket..

dari sini sy taw bukan senang nak kawen nie,perlu banyak belanja..
sy tengok harga untuk 1 souvenier aje dah berape ringgit ngan riben nye lagi..blom lagi kalo beli dlm kuntiti yg banyak..

oleh itu kesimpulannye..

berjimatla semase membeli dan pilih harga yg berpatutan yg sesuai dengan bajet kte..
jgn membeli ikut nafsu sehingga boleh menyebabkan kte membazir atau berhutang..
simpan duit banyak2 sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin..hehe.

Saturday, November 21, 2009

hepy befday aliah..

hepy befday 2 u..
hepy befday 2 u ALIAH...
hepy befday 2 u..
sweet 19..dah semakin meningkat dah usia..
di sini aku nak ucapkn smoge pnjang umo n murah rezeki..
smoge berjaye dlm hidup n mndapat kputusan cmrlang k.

thanx 4 calling me today..n sowi sgt coz aku lupe yg arini dah 21 nov..mule 2 x terpikir plak befday ko sbb terlampau seronok ckp fon ngan ko n sembang2 pasal kwn2 kte yg lain..
rupenye bleh kol free..skali lg hepy befday to u..harap kte boleh ketemu n kuar same2 gi men ice skating..hehe.

tedy bear ni khas untuk ko...


Friday, October 23, 2009

Dinner DBS..













kerjasama di dalam 1 kumpulan..

rasenye dah lame x update blog nie..sbb agak busy biaselah nak dkat2 final exam nie banyak test yg perlu di habiskan..alhamdulilah seminggu sebelum exam nie segala assignment,presentation n test ngan quiz sume dah abez buat..jadi bolehla rilex sket..owh ye ari nie group sy terpilih untuk wakil kelas bertanding dengan dak kelas lain n kos lain..pertandingan ni ialah mengenai iklan laptop yg ktorg kene buat masa awal sem..iklan ni dikire assignment ktorg jadi kene wat btol2 la sbb markah yg akan ktorg dapat nanti penting untuk carry mark ktorg..bersyukur sgt yg iklan ktorg mendapat markah tinggi dlm kelas..



ini semua hasil daripada kerjasama semua ahli kumpulan sy..bertungkus lumus menyiapkan iklan ini bersama2,berlakon same2 dlm mase yg agak singkat..ini semua 1 pengalaman yg x dapat dilupakan..mane la pernah wat iklan selame ni, dah la kene hasilkan laptop jenama kte sendiri..name laptop ktorg ialah cube lumos.. sangat menarik idea ni datang dari pelajar lelaki group sy..TAHNIAH!! tahniah diucapkan kepade group yg menang tadi..tempat pertame dimenangi oleh pelajar kos bisnes study transport..iklan korg memang bez n gempak..


bagi pendapat sy jika kte ingin hasilkan sesuatu yang bagoz dalam sesuatu kumpulan yang paling penting kerjasama di antara ahli kumpulan..sy bersyukur mendapat ahli kumpulan yg bagoz walaupun kadang2 dlm 1 kumpulan terdapat perbezaan pendapat yang penting tolak ansur..kita pertimbangkan jika idea seseorang tu boleh dipakai, dan lagi 1 kte kene hormat leader kte..leader adalah tunggak utama dalam sesebuah group..tugas utama seseorang leader adalah memimpin ahli kumpulan dan memberi guide line bagi menjayakan sesuatu kerja dengan lebih teratur..leader juga mencerminkan ahli kumpulan itu sendiri..ini kerana pape pun orang akan tengok leader dulu..


ahli kumpulan ibarat sebuah keluarga jadi baik buruk perangai seseorang tu kita kene terima dan cube tegur atau memperbaikinye..janganlah kte bercakap belakang x puas ati ke ape ke..cuba kita bayangkan group kte ibarat family kte..jadi kalo dengan family kte boleh ceritakan semua benda atau perasaan yg kte rase jadi nape kte x wat mcm tuh dengan group kte..dalam group kte segala masalah atau pape saje kte bincangkan same2,saling menasihati dan tegur menegur kerana itu lebih jujur dan kte dapat memperbaikinye dan dapat menghasilkan sesuatu dgn lebih bgoz..dan segala masalah kte biarlah hanya group kte saje yg taw kerana kte adalah 1 group..dan kalo boleh cuba memahami setiap ahli kumpulan kte dan cube back up ahli kumpulan kte dlm pape pun dan janganlah menyalahkan org lain..ini barulah menunjukan semangat kerjasama di antara ahli kumpulan..



sy bersyukur mendapat ahli kumpulan yang sanggup bekerjasama di antara satu same lain, bersusah payah mencari bahan, membuat kerja same2 serta berlakon bersame2..bukan senang nak menghasilkan sesuatu iklan yg bagoz..kte kene buat aksi tuh banyak kali dan penuh dengan kesabaran.. akhir sekali proses meng edit lagi semua tu memakan mase yg lame..dah 2 sem sy dah bekerjasama dengan beberapa orang dalam group presentation dan assignment..ade dengan org yg same dan ade jugak dengan org baru..jadi mcm2 pengalaman yg sy dapat dan sy dapat knal dan memahami mereka dengan lebih mendalam..thanx to all my group presentation member..tanpa korg sume sy x rase yg assignment ini dapat disiapkan...
SSAAYYAANNGG KORG SANGAT...

Wednesday, October 14, 2009

rindu..

RINDU...

satu perkataan yg pada mase dulu susah untuk aku ungkapkan kerana pada aku. aku tidak tahu ape itu mksud rindu..aku sering tengok n lihat ramai orang yang aku kenal boleh menyebut perkataan rindu nie dengan mudah..


sebagai contoh kalau kte tengok pasangan yg bercinta cmne diorg mudah je ckp rindu sedangkn dorg baru je knal..lagi satu aku pelik cmne kwn2 aku boleh mudah je ckp rindu ngan keluarga dorg..


sekarang baru aku phm mksud rindu tu n aku baru mengalaminye..susah aku nak jelaskan tapi ianye satu perasaan halus yang membuatkan kita rasa kita mcm menanggungnye terlalu berat..sehingga membuatkan kita boleh menitiskan air mata..sungguh ajaib sekali dengan perasaan rindu, kita boleh menangis..tambahan faktor jauh daripada keluarga membuatkan aku boleh mengalami perasaan ni..sedangkan jika aku berada dekat aku tidak pernah merasai perasaan sebegini..


baru aku taw bertapa aku sangat2 sayang kat family aku..rindu..dan segalanye..
pernah ade satu ketika aku rase aku seperti sangat2 memerlukan family aku berada dekat dengan aku..sehingga ade satu tahap di mane aku terlalu tension,tertekan dan emosi x stabil kerana beberapa perkara...membuatkan aku hanye mampu berdoa kepada tuhan serta melihat foto keluarga ku sahaja..


(ketika itu aku terpikir tidak pernah keluarga aku buat aku menangis..mereka sering ade di saat aku tertekan..terutama skali ayah aku,die sentiase ade di belakang aku menyokong aku,membantu aku, memberi nasihat..dalam ape juga yang aku lakukan)...aku begitu terharu kerana aku merasakan yang keluarga aku begitu memahami aku lebih daripada orang lain...aku pun x taw cane sejak akhir2 ini aku menjadi seorang yang agak sensitif..mudah sgt terase sedih..riinnduunye aku pada family ku..

Sunday, September 13, 2009

Berbuka di luar..

mula2 tujuan asal ingin pergi ke pekan segamat ialah bertujuan untuk membeli tiket pulang ke rumah..malam sebelumnya aku pun mula la contact kawan2 yang tahu no telefon kereta sewa..malangnye apabila tanya semuanya menjawab yang xde la esok kereta ada orang pakai..adeh..nak x nak terpaksa la jugak pergi dengan menaiki bas..esoknya akibat terlajak tido aku dengan ayin pun bertolak pergi ke perhentian bas pada pukul 12 lebih..sampai je kat sana kelihatan 4 lima orang yang tengah tggu bas jugak..aku pun duduk la sebelah mak cik yang bawak bas tu sementara menunggu orang lain sampai sebab mak cik tu x nak bertolak kalau bas x penuh..punyalah lama menuggu akhirnya bertolak juga pergi pada pukul 2..mak ai lama rupanya aku menunggu kat sana sampai mak cik tu macam seronok pulak bercerita pasal menantu dia la dan siap tunjuk lagi gambar cucu dia..comel sangat n aku pun dok melayan la mak cik tu bercerita..best jugak dengar orang tua2 bercerita rasa macam teringat pulak dekat emak kat umah..




sampai je kat perhentian bas, aku pun dengan pantas terus menuju ke CEPAT EKSPRES untuk membeli tiket..setelah tanya tiket untuk turun ke shah alam pada 17 aribulan 9 jawapan yang di terima ialah..'TIKET BAS DAH ABEZ'..HMM,hampanya..tapi xpelah aku pun tanya la tiket turun KL..naseb baek ade..walaupun x pernah turun KL tapi terpaksa la buat2 berani sebab nak blk punya pasal..akhirnya dapat juga beli tiket..tapi cm bengang je dengan orang yang jual tiket jawab nak x nak je..aku tnya sepatah dia jawab sepatah tahulah puasa tapi xkan la sampai macam tu skali..siap dengan buat muka ketat lagi..adeh. manala pergi 'budi bahasa budaya kita'..




selepas itu aku pun menaiki bas UITM yg kebetulan ada untuk pergi ke billion..sempatla membeli barang sikit dan juga membeli sehelai pakaian untuk abah..aku dah la memang x reti beli baju lelaki..aku harap abah suka dengan pilihan anaknya ini..huhu. :) . setelah puas berjalan adeh terasa begitu penatnya kaki ini..n dahaga pun ada tapi bersabo juga menunggu waktu berbuka..





mula2 ingat nak berbuka pose kat uitm je..tapi dah alang2 ada kat luar apa lagi aku dengan ayin pun menuju ke PIZZA HUT untuk membuat tempahan..setelah membuat tempahan tengok bil untuk dibayar mak ai terkejut den..mahalnya setelah campur dengan tax,service charge semua..pada hal makan 2 orang je..tapi memang sedap..nyum..nyum..kenyang gler..setelah mkn 2 keping bread stix, semangkuk soup cendawan,segelas air pepsi dan juga 1 regular piza..gambar di bawah adalah gambar serba sedikit yang sempat di amek di kedai pizza hut sementara menunggu azan untuk berbuka puasa..



bergambar dengan ayin di dalam bas

ayin tengah mempermosikan pizza hut..hehe

cover muka yang tgh lapar dengan 1 senyuman...haha

rilex ayi jap agi berbuka la jgn tenung piza tu lame2..


inila menu aku dengan ayin berbuka.

Sunday, September 6, 2009

bulan september..

Bulan september mengingatkan aku pada seseorang yang telah kembali ke rahmatullah..aku masih ingat tarikhnya iaitu pada 1 september 2008..tarikh tu jatuh pada bulan ramadhan iaitu hari puasa yang pertama..aku dikejutkan dengan berita yang kenalan rapat aku terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian..x tergambar perasaan aku ketika itu..terkejut yang teramat sangat kerana arwah masih muda umurnya sebaya aku..aku menerima panggilan telefon dari ramai orang pada ketika tu kerana dorg ingin mengkhabarkan berita ini kepada aku yang kebetulan pada masa itu aku x tahu langsung pasal kejadian yang menimpa kawan aku tuh sbb tgh keje..ya,allah pada ketika itu aku hanya mampu mengucapkan inalilah pada ketika itu..esoknya aku dapat melihat gambar arwah di dada surat khabar..dan aku sering berdoa yang moga-moga arwah di tempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman..amin

Tuesday, September 1, 2009

gambar anak kucingku yang terbaru..

terdapat beberapa keping gambar yang aku sempat amek semasa balik umah baru-baru ni untuk menyambut hari kemerdekaan dan pose dengan family ku..x berapa banyak sebab sangat susah nak tangkap gambar anak kucing tu....main kejar-kejar je dan x reti duduk diam..jenuh nak tangkap jadi gambar-gambar yang diambil tidaklah secantik mana..hehe. aku pun bukanlah pro sangat amek gambar nie..


gambar ni khas untuk akak bratz..sowi lambat untuk meletakkan gambar anak kucing ni atas beberapa faktor yang x dapat di elakkan..hehe :)
gambar brownie
gambar amoi


gambar baby,amoi dan brownie