Friday, February 11, 2011

cuti pertengahan sem.






Cuti pertengahan sem bersamaan dengan cuti raya cina arituh selama lebih kurang 8 hari. x banyak aktiviti yang aku wat. selain tolong mak dengan kak nor jaga anak buah aku yang sorg tuh si Dani. tugas aku yang tetap sepanjang cuti ialah basuh baju Dani hari2 pada setiap pagi dgn bancuh air susu. Dani mcm taw2 je maksu die dah blk hari2 ade je dia hadiahkan tait atau air kencing kat kain lampin yang aku nak basuh tuh.huh. Letih jugak eh jaga budak kecik nie. dah la Dani demam tu yang meragam teruk. Ni antara gambar terbaru Dani mase cuti raya cina.


Dani sekarang ni makin tembam.mana x nye dalam sehari nak dekat 7 hingga 8 botol gak la die minum. orang cakap kalau anak lelaki memang kuat minum sampai susu badan pun x cukup. Asal terjaga je lapa.haish lame2 beso badan tu nanti Dani. x larat maksu nak dukung dah.hee




suka btol tido macam meniarap. kalo tido meniarap kompem nyenyak gler. kalo tido melentang mesti suka terkejut.ish2 pelik2 je gaya tido.Dani2..




elok sehari aku tido kat umah esoknye maklong ngn paklong aku dari kedah mai rumah aku. nak tgk Dani. selain tu nak menghabiskan masa cuti Raya Cina. kebetulan anak laki die dok kl. kitorg keluar ramai2 pergi mkn kat Hulu Langat mlm tuh kat kedai ikan bakar. kitorg order ikan Talapia msk goreng kot kalo x silap,ayam bakar,ikan siakap msk masam manis,udang msk sambal dengan sayur kailan.nyum2 sedap2..cey gaya mcm aku mkn ikan sungai kn.padahal mkn ayam bakar je.


pastu cousin aku bawak ktorg pergi Bukit Tinjau. name je dok Shah Alam.tapi tempat2 kat Kl tak abes pergi lagi pon.hee.. rupanya daripada situ kita boleh tengok permandangan seluruh Kl.nampakla KLCC pe sume.. best jugak sebab rupenya ramai yang melepak kat tepi2 jalan tuh nak tengok permandangan. ade jugak orang jual2 kat tepi tuh..tapi kebanyakan orang yang pergi tu samada couple2 atau kawan2. amek ko aku sekeluarga terus.haha.


Ni permanadangan nya kalau tengok daripada Bukit Tinjau.

pastu singgah pulak kat Dataran Merdeka kat KL. cey dah macam pelancong dah aku. xde la teman sedare aku je sbnarnye. okey tu je pastu balik rumah makan durian.wah feveret. tengss Abg yon sebab belanja makan siap bawak durian skalik.

happy chinese new year..


Kita sedia maklum yang negara kita sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum. Dan boleh dikatakan hampir semua perayaan kita sambut dan yang paling seronok kita pon cuti jugak..hee. tu part yg paling syok skali la.Masih belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat tahun Baru Cina kepada semua orang cina yang ada di Malaysia nie ataupon dalam bahas cinanya " Kung Hei Fatt Choy".



setiap kali perayaan Chinese new year x lengkap kalau tiada tarian naga yang mmang kita taw symbolik untuk orang Cina.


Lagi satu sudah menjadi 1 tradisi apabila tepat je jam 12 malam kita akan dengar bunyi mercun yang sangat panjang. Bukan setakat perayaan raya cina sahaja bahkan semua perayaan yang ada di Malaysia ni akan kedengaran bunyi mercun atau bunga api apabila tepat 12 mlm.



Warna merah memang dah menjadi simbol untuk orang Cina. Selain daripada itu, bukan sahaja orang melayu yang bagi duit raya masa 'Hari Raya Aidilfitri", orang Cina juga mempunyai taradisi bagi "Ang Pau" dan selalunya angpau ni diberikan kepada orang yang belum berkahwin sahaja kalau x silap aku la.dan sudah pasti yang paling kita tunggu2 kan pada waktu raya cina ialah " Buah Limau"..nyum nyum. tu yang sedap kali.

Banjir di Segamat


Cuti pertengahan sem arituh disebabkan tiket dah abes aku terpaksa balik rumah hari sabtu 29/1..sunyi gler kawasan uitm waktu tuh.yela kebanyakkan orang balik ari jumaat dan ada juga yang balik awal lagi sebelum tuh..cuaca waktu tuh memang tak berapa baik..asik hujan je.bleh dikatakan hari2 la. nasib baik Ayin pon balik hari sabtu adalah geng kan.



kitorang bertolak pergi bus stand Segamat dalam kul 11 pagi mcm tuh naik bas kuning la mcm biasa.hee..disebabkan ramai sangat orang terpaksa la berdiri dalam bus. Sepanjang perjalanan aku pergi pekan Segamat aku tengok sebelah kanan jalan raya kawasan rumah sudah ditenggelami air sebab kawasan rumah dorg mcm agak rendah sikit berbanding sebelah kiri. Air sungai pon hampir penuh. Dalam hati aku ya allah kalo hujan masih tak berhenti lagi boleh banjir Segamat nie. tup tup masa kat rumah esoknye hari ahad aku dapat taw yang Segamat dah banjir. fuh nasib baikla sempat balik kalau x mesti terperangkap kat dalam uitm xleh balik..
time tuh bersyukur gler. tapi kesian pada penduduk kat situ sebab rumah dorang ditenggelami air..pekan die paling teruk sekali. Habis barang2 peniaga kedai kat Segamat mesti rosak jugak. sapa sangka last banjir besar yang berlaku kat Segamat pada tahun 2006. Setahu aku orang cakap banjir yang berlaku kali nie lagi teruk drpd yang berlaku masa tahun 2006. lagi 1 keliling kawasan Segamat nie bleh dikatakan sungai. disini terdapat beberapa keping gambar yang aku temui di laman web yang berkaitan.