Sunday, September 13, 2009

Berbuka di luar..

mula2 tujuan asal ingin pergi ke pekan segamat ialah bertujuan untuk membeli tiket pulang ke rumah..malam sebelumnya aku pun mula la contact kawan2 yang tahu no telefon kereta sewa..malangnye apabila tanya semuanya menjawab yang xde la esok kereta ada orang pakai..adeh..nak x nak terpaksa la jugak pergi dengan menaiki bas..esoknya akibat terlajak tido aku dengan ayin pun bertolak pergi ke perhentian bas pada pukul 12 lebih..sampai je kat sana kelihatan 4 lima orang yang tengah tggu bas jugak..aku pun duduk la sebelah mak cik yang bawak bas tu sementara menunggu orang lain sampai sebab mak cik tu x nak bertolak kalau bas x penuh..punyalah lama menuggu akhirnya bertolak juga pergi pada pukul 2..mak ai lama rupanya aku menunggu kat sana sampai mak cik tu macam seronok pulak bercerita pasal menantu dia la dan siap tunjuk lagi gambar cucu dia..comel sangat n aku pun dok melayan la mak cik tu bercerita..best jugak dengar orang tua2 bercerita rasa macam teringat pulak dekat emak kat umah..




sampai je kat perhentian bas, aku pun dengan pantas terus menuju ke CEPAT EKSPRES untuk membeli tiket..setelah tanya tiket untuk turun ke shah alam pada 17 aribulan 9 jawapan yang di terima ialah..'TIKET BAS DAH ABEZ'..HMM,hampanya..tapi xpelah aku pun tanya la tiket turun KL..naseb baek ade..walaupun x pernah turun KL tapi terpaksa la buat2 berani sebab nak blk punya pasal..akhirnya dapat juga beli tiket..tapi cm bengang je dengan orang yang jual tiket jawab nak x nak je..aku tnya sepatah dia jawab sepatah tahulah puasa tapi xkan la sampai macam tu skali..siap dengan buat muka ketat lagi..adeh. manala pergi 'budi bahasa budaya kita'..




selepas itu aku pun menaiki bas UITM yg kebetulan ada untuk pergi ke billion..sempatla membeli barang sikit dan juga membeli sehelai pakaian untuk abah..aku dah la memang x reti beli baju lelaki..aku harap abah suka dengan pilihan anaknya ini..huhu. :) . setelah puas berjalan adeh terasa begitu penatnya kaki ini..n dahaga pun ada tapi bersabo juga menunggu waktu berbuka..





mula2 ingat nak berbuka pose kat uitm je..tapi dah alang2 ada kat luar apa lagi aku dengan ayin pun menuju ke PIZZA HUT untuk membuat tempahan..setelah membuat tempahan tengok bil untuk dibayar mak ai terkejut den..mahalnya setelah campur dengan tax,service charge semua..pada hal makan 2 orang je..tapi memang sedap..nyum..nyum..kenyang gler..setelah mkn 2 keping bread stix, semangkuk soup cendawan,segelas air pepsi dan juga 1 regular piza..gambar di bawah adalah gambar serba sedikit yang sempat di amek di kedai pizza hut sementara menunggu azan untuk berbuka puasa..



bergambar dengan ayin di dalam bas

ayin tengah mempermosikan pizza hut..hehe

cover muka yang tgh lapar dengan 1 senyuman...haha

rilex ayi jap agi berbuka la jgn tenung piza tu lame2..


inila menu aku dengan ayin berbuka.

Sunday, September 6, 2009

bulan september..

Bulan september mengingatkan aku pada seseorang yang telah kembali ke rahmatullah..aku masih ingat tarikhnya iaitu pada 1 september 2008..tarikh tu jatuh pada bulan ramadhan iaitu hari puasa yang pertama..aku dikejutkan dengan berita yang kenalan rapat aku terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian..x tergambar perasaan aku ketika itu..terkejut yang teramat sangat kerana arwah masih muda umurnya sebaya aku..aku menerima panggilan telefon dari ramai orang pada ketika tu kerana dorg ingin mengkhabarkan berita ini kepada aku yang kebetulan pada masa itu aku x tahu langsung pasal kejadian yang menimpa kawan aku tuh sbb tgh keje..ya,allah pada ketika itu aku hanya mampu mengucapkan inalilah pada ketika itu..esoknya aku dapat melihat gambar arwah di dada surat khabar..dan aku sering berdoa yang moga-moga arwah di tempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman..amin

Tuesday, September 1, 2009

gambar anak kucingku yang terbaru..

terdapat beberapa keping gambar yang aku sempat amek semasa balik umah baru-baru ni untuk menyambut hari kemerdekaan dan pose dengan family ku..x berapa banyak sebab sangat susah nak tangkap gambar anak kucing tu....main kejar-kejar je dan x reti duduk diam..jenuh nak tangkap jadi gambar-gambar yang diambil tidaklah secantik mana..hehe. aku pun bukanlah pro sangat amek gambar nie..


gambar ni khas untuk akak bratz..sowi lambat untuk meletakkan gambar anak kucing ni atas beberapa faktor yang x dapat di elakkan..hehe :)
gambar brownie
gambar amoi


gambar baby,amoi dan brownie